Assalamualaikum
♥♥♥♥
What is BEM ? BEM is stand for Board of Engineers Malaysia which is representing engineering profession in Malaysia. BEM is responsible for the registration of Engineering graduates and Professional Engineer and at the same time also serves as the controller which determines conduct and ethics for those involved with Engineering in Malaysia.
What is the requirement to register with BEM?
- Engineering graduates which is degree holder and above.
- Haruslah graduan yang dah konvo sebab nak mendaftar kena ada salinan sijil asal sebagai lampiran (certified true copy of degree)
- Kena bayar RM50. heheee
Pentingkah mendaftar dengan BEM as a Graduate Engineer?
Siapa yang rasa nak certificate dari BEM boleh la mendaftar. Certificate ni menunjukkan kita dah berjaya menghabiskan ijazah dalam bidang Engineering. Bila tengok sijil ni, rasa macam fuhhh tak sia-sia aku stay up selama ni. *hehehe padahal stay up sebab study last minute.hahaha 😂😂😂😂
Sebenarnya, daftar graduate engineer dengan BEM ni menjadi wajib bila kita merancang atau memang nak menjadi seorang Professional Engineer (PE) which is the title is IR. haaaa memang hebat la kalau dah dapat title IR ni. Tapi kadang-kadang fresh graduate feeling-feeling dorang dah bergelar IR bila dah bekerja sebagai Engineer. Terus letak depan nama IR dot dot dot. Aduhhh. salah tu. Kalau kerja 10 tahun sebagai Engineer pun, takkan dapat title IR selagi tak ambil exam sebagai Professional Engineer.
Saya taknak cerita banyak tentang Professional Engineer sebab saya nak fokus pada Graduate Engineer. hehee yela saya pun graduate engineer. Nak cerita lebih-lebih takut salah info pula. Belum terfikir nak jadi Professional Engineer. Nak kena ambil exam bagai. Otak dah tak boleh nak fikir banyak-banyak dah sekarang.huhuu. Kalau ada sesiapa berminat atau nak tahu lebih lanjut tentang Professional Engineer ni, boleh follow link ni.
http://cikpuanlove.blogspot.my/2013/08/profesional-engineer.html. Owner blog ni memang seorang Professional Engineer. So, dia ada share macam mana cara-cara nak daftar dan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang Professional Engineer berstatus IR.
Ok. Back to Graduate Engineer's registration.
Kat bawah ni saya listkan cara-cara untuk mendaftar online.
1. Buka MYBEM online registration
http://175.138.64.217/mybem/public/
Nanti akan keluar macam ni :
Jangan lupa pula nombor registration ye. Sebab nak buat payment nanti kena masukkan nombor registration. Ok lepas tu isi semua maklumat yang diperlukan. Haaaa kalau nak tahu lebih details tentang cara nak daftar boleh refer link ni .Yang ni pula step by step la macam mana nak daftar as a graduate engineer.
Then, buat online payment kepada Lembaga Jurutera Malaysia - Jurutera siswazah.
Dah selesai register online, print completed Form dan check list untuk diposkan kepada pendaftar jurutera siswazah dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran online. Checklist tu antaranya salinan IC, salinan transkrip, salinan sijil asal and etc. Status payment pun boleh check beberapa hari selepas payment dibuat. Segala jenis dokumen yang diperlukan untuk dipos perlu pengesahan daripada Professional Engineer yang ada status IR. Haaa memang inilah syarat yang diperlukan. Kalau takda kenal sapa-sapa yang berstatus IR, boleh la contact lecturer-lecturer masa study dulu yang ada status IR ni untuk dapatkan sign. Dah sign, check betul-betul semua dokumen yang diperlukan and submit dekat ;
Pendaftar Jurutera Siswazah,
Board of Engineers Malaysia,
Tingkat 17, Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur.
Kalau nak submit by hand pon boleh, nak pos pun boleh.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh kol/fax no hotline BEM ;
Tel : 03-26912090+0326917096/7096/7097/7098
Fax : 03-26925017
Status permohonan juga boleh disemak dari semasa ke semasa. Selalunya akan dapat lepas 4 bulan ke atas.
Kalau saya, senang je. Lepas konvokesyen, saya terus pegi school course saya, School of Microelectronic Engineering, Unimap, (setengah Universiti panggil jabatan) then bagi salinan IC, salinan transkrip and salinan sijil asal dekat akak kerani tu, plus duit RM50. Haaa settle. Biar dorang uruskan. huhuu. senang taknak pening-pening kepala. Kalau Unimap, memang dorang akan tolong daftarkan dengan BEM registration as a Graduate Engineer. Saya rasa semua Universiti pun ada buat benda yang sama. Tapi untuk confirmation boleh la call Universiti masing-masing. Lama juga sebenarnya nak dapat approval. Sampai saya pun lupa. Sijil sampai rumah baru teringat.
I already registered as a Graduate Engineer with BEM. Hehee. Sapa-sapa yang dah grad tu kalau nak daftar boleh la cuba.