Honda city dan Toyota Vios. Mana satu yang terbaik?

Assalamualaikum and hye ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Hari ni saya nak bercerita tentang  Honda City dan juga Toyota Vios. Kalau kita tengok sekarang ni banyak sangat orang yang pakai City dan Vios. Jadi, mana yang lebih baik dan yang mana satu menjadi pilihan anda? 

Ini adalah pendapat saya.

Design
Dari segi design, ada orang nampak City lebih cantik dan ekslusif, tapi ada juga yang nampak Vios lebih menarik dan elegan. Reka bentuk ni pada saya subjektif. Bergantung pada minat dan mata seseorang. Mata orang lain-lain jadi tak boleh nak bertekak atau berbalah pasal ni. Kalau saya, saya lebih minat design City sebab nampak lebih moden dan ekslusif. Design Vios nampak agak klasik kecuali Vios TRD yang menampilkan gaya sporty, sangat sesuai untuk golongan muda.

Harga
Dari segi harga pula tak jauh beza antara City dan juga Vios. Jadi kalau nak pakai kereta sedan terbaik bawah RM100 ribu, kedua-dua model ini boleh dijadikan pilihan. Di sini saya sertakan harga untuk kedua-dua jenis kereta.


Praktikal
Untuk rekaan dalaman, Vios lebih praktikal dan tersusun. Malah lebih terperinci berbanding City yang nampak agak kosong. Kedudukan air conditioner bahagian hadapan City pula bagi saya sangat tak praktikal sebab kedudukannya agak jauh dengan pemandu dan penumpang. Dari segi keluasan kabin, City menang dalam perbandingan ini. Seakan akan ada kuasa luar biasa, walaupun City nampak biasa, namun keluasan kabinnya sangat luas dan lapang. Begitu juga dengan keluasan bonet belakang City yang agak luas untuk kereta sedan.

Keselamatan
Dari segi keselamatan, tak dapat dinafikan City jauh lebih baik. Toyota baru sahaja memasukkan Vehicle Stability Control ke dalam kereta yang mana ianya adalah standard pada semua model City.

Pemanduan dan prestasi
Pada pendapat saya, Vios lebih menyerap hentakan jalan yang lebih selesa apatah lagi bila melalui jalan yang tidak rata. Dari segi prestasi, enjin yang digunakan adalah berbeza di mana Vios menggunakan enjin Dual VVT-i manakala City menggunakan enjin I-Vtech. Namun, kedua-duanya mempunyai ECO system untuk pemanduan yang eco friendly.


Penjimatan
Kalau bercakap bab penjimatan, pada saya of course la Vios lebih jimat dari segi minyak. City juga antara kereta yang jimat minyak namun tetap tidak dapat menandingi Vios. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya menggunakan kedua-dua jenis kereta ini.

Kesimpulan
Jadi, kereta manakah yang lebih baik? Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Untuk pemilik yang berkeluarga, City adalah pilihan terbaik sebab ianya lebih luas. Untuk pemilik bujang yang gemarkan gaya sporty, Vios TRD adalah pilihan terbaik. Ada orang minat sedan. Ada juga yang minat SUV, MPV dan juga hatchback. Pendek kata, tepuk dada tanya selera. Yang penting, pastikan anda boleh bayar tiap-tiap bulan tanpa sebarang penangguhan. Jangan sampai berlapik perut semata-mata nak nampak bergaya.

Perbandingan ini dibuat berdasarkan teori dan juga pengalaman saya. Kelebihan setiap kereta berbeza dari segi specification dan reka bentuk. 

Terima kasih sudi baca❤❤

4 comments