Petua putihkan kulit secara semulajadi yang murah dan berkesan



Lumrah wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dan menarik. Selain penggunaan produk, anda juga boleh memutihkan kulit secara semulajadi. Yang pastinya murah dan berkesan.


1. Madu

Madu ternyata banyak khasiatnya. Ia bertindak sebagai agen pencerah dan juga pelembap untuk kulit. 

Arahan : Sapu madu pada wajah dan biarkan selama 5 minit. Kemudian cuci dengan air suam


2. Lemon

Lemon bertindak sebagai agen pencerah kerana kandungan vitamin C yang ada padanya dan juga dapat mengurangkan garis halus di muka.

Arahan : Gunakan hirisan lemon kemudian sapu pada kulit selama 5 minit. Lakukan 2X seminggu


3. Timun

Selain menyegarkan mata, timun juga boleh mencerahkan kulit.

Arahan : Kisar timun kemudian sapu pada kulit selama 5 minit. Kemudian bilas dengan air


4. Kunyit

Kunyit bersifat antiseptik, maka ia baik untuk merawat wajah dan juga mencerahkan kulit. Digunakan sejak zaman berzaman, ternyata kulit berhasil mencerahkan kulit secara semulajadi

Arahan: Campurkan susu dengan kunyit, sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air


5. Aloe vera

Aloe vera menjadikan tona kulit lebih sekata dan merawat kulit kusam.

Arahan : Ambil daun lidah buaya kemudian sapu lendir pada kulit dan biarkan seketika. Kemudian bilas dengan air


6. Tomato

Buah tomato bukan sahaja dapat menyejukkan kulit malah dapat menyerap lebihan minyak pada wajah. Tomato juga dapat mengecutkan jerawat dan menjadikan kulit lebih licin dan berseri.

Arahan : Cuci dan simpan tomato di dalam peti ais (tempat beku). Biarkan semalaman atau sehari, kemudian belah dua. Gunakan sebelah saja dan gosok pada kulit muka selama 15 minit. Biarkan 1 jam kemudian bilas dengan air. Boleh dilakukan setiap hari atau 2minggu sekali jika tiada kesempatan masa. seeloknya dilakukan pada waktu pagi.


Semoga bermanfaat




0 comments