Sarah Shaffee

  • Home
  • Beauty
  • Parenting
  • Tutorial
  • Contact us


Assalamualaikum♥♥♥♥

Minggu ni dah 37 weeks. Berdebar-debar plus tak sabar. Allah saja lah yang tahu perasaan ni. Awal-awal kandungan dulu tak sempat nak google atau prepared apa-apa untuk persediaan menyambut bayi. Plus orang tua-tua selalu pesan, jangan beli apa-apa lagi selagi kandungan belum mencapai 6month above. Risau dengan pelbagai kemungkinan yang mungkin terjadi. Tapi, kita doa yang baik-baik ja la kan?

Untuk persediaan menyambut kelahiran bayi, di sini saya senaraikan item-item yang perlu ada.

Checklist barang baby

Feeding
Botol susu - BPA free
Berus pembersih botol
Thermos

Baby care
Baby powder
Lotion
Minyak untuk kembung perut (ex : Yu yee, telon)
Cotton bud
Nappy cream
Set mandian
Bedak herba
Tuala
Bath tub baby
Raga/box letak barang baby
Sabun basuh baju (khas untuk baby)
Napkin (preparation kalau kulit baby tak sesuai lagi nak pakai pampers/sensitif)
Diapers (most recommended by ibu-ibu ; pet pet, drypers, mamy poko, huggies)
Wet tissue
Bekung
Set tilam
Kelambu
Selimut

Clothing
Baju harian
Baju malam
Baju jalan
Topi
Sarung kaki dan tangan

Baby Gears
Carseat
Baby carrier (not necessary for newborn baby)
Stroller (not necessary for newborn baby)

Haaaa inilah senarai-senarai item yang perlu ada. Macam saya, saya beli barang baby memang ikut list ni. List ni based on pengalaman kawan-kawan saya yang dah bersalin. Macam stroller tu, boleh hold dulu maybe after pantang atau baby dah besar sikit. Sekarang tengah on the way nak beli carseat . Carseat ni menurut ibu-ibu yang dah berpengalaman, memang penting tambah-tambah bila si ibu nak bergerak sorang-sorang. Tak kisah la pegi klinik, market dan sebagainya. 

Antara koleksi roampers yang dibeli


Barang-barang ni semua simpan siap-siap dalam box.  
Guna box senang nak usung plus tak kena habuk. Raga pun kena prepared jugak.

Checklist utk mommy pula seperti berikut:

Feeding
Nursing pad disposal/washable
Breast pump
Cooler bag ( include ice brick untuk ibu-ibu yang bekerja) 

Mommy care
Maternity pad
Toiletries
Nipple cream

Confinement
Set berpantang (Jamu & herba)
Benkung
Tungku
Kurma
Air zam-zam

Clothing
Kain batik
Baju yang mudah untuk menyusu
Stokin tebal
Maternity bra & panties

Untuk breast pump, saya beli Double Electric Breast pump Autumz Serene. Harga asal RM 539. Tapi dekat Pump On The Go Sg. Petani boleh dapat dengan harga RM450. Boleh tengok dekat sini https://www.instagram.com/pumponthego/. 

Kenapa saya pilih yang ni? Sebab kalau pergi butik Pump On The Go, dorang akan pamerkan beberapa jenis breast pump samada manual or electric, single or double. So, ibu-ibu boleh try mana-mana breast pump and boleh rasa sendiri suction pressure. Ada yang kuat dan ada yang slow. Of course la kita lebih prefer yang slow sebab tak sakit. Reason utama breast pump ni menjadi pilihan saya adalah sebab breast pump ni double electric, so mudah untuk saya yang bekerja. Nak pump pun kena cepat-cepat tak boleh nak curi masa lama-lama. Paling penting, breast pump autumz serene ni tak perlu ada direct power supply or power bank setiap kali nk guna. Sebab dy pakai bateri. Rechargable. Senang! Di mana-mana pun boleh pump tanpa perlu risau ada direct power supply ke tak. And kalau beli dekat Pump On The Go ni, dapat free gift lagi which is cooler bag, botol refill susu and ice brick. Cooler bag kalau beli asing pun dah RM60. Tapi yang ni dapat sekali breast pump.

Updated: After dah guna seriously memang best. tak sakit lansung. sampai sekarang 2021 masih function walaupun dah lama tak guna.



Beli pump dapat botol refill susu, cooler bag autumz and ice brick.  


Beg ni ada 2 layer. Layer atas untuk letak set pump, layer bawah untuk simpan stok susu. Ice brick ni boleh tahan selama 12 jam.So, kalau pergi kerja tak payah risau nanti susu basi. 

Untuk set berpantang pula, ada banyak jenis antaranya Nona Roguy, Afiat, Spa&Ma, Dherbs and banyak lagi. Saya  beli set Nona Roguy. 


Dalam bag ni ada beberapa baju and barang-barang baby yang penting untuk dibawa ke hospital bila berlaku kecemasan. Barang mommy untuk preparation bersalin pun ada dalam ni. Beg ni pula letak siap-siap dalam kereta siap-siap. Make sure dalam beg kecemasan ni ada 3,4 helai baju baby, baju mommy, kain batik, wet tissue, napkin, diapers, buku merah, tudung, stokin, towel, maternity bra, panties and maternity pad. Nak tambah lagi pun boleh tapi saya prepare yang ni je.

So, ibu-ibu yang bakal melahirkan baby, boleh la refer list-list di atas. Dah beli tick. Lagi senang kalau buat list siap-siap. Supaya nanti takda barang yang tertinggal. Hopefully dipermudahkan urusan buat ibu-ibu yang bakal bersalin. Amin😊😊😊



Thank you for reading ♥♥♥♥







Assalamualaikum ♥♥♥♥

Lipstick is important to every women I guess. Sebab apa? Ada orang tak suka mekap. So, lipstick ni adalah salah satu alat yang terbaik untuk menambah seri. Haaa bila muka pucat kusam, letak lipstick ja confirm berseri-seri. 

Tapi, ada banyak jenis lipstick dekat dunia ni. Antaranya moist, satin, glossy, creamy matte, lip matte and lip tint lipstick. Kesesuaian pada wajah seseorang bergantung kepada jenis dan juga warna. Jangan ingat warna je main peranan. Jenis lipstick pun main peranan jugak. Ada orang nampak cantik je pakai lipstick glossy, tapi kalau kita pakai alamakkkk seram. hahahah.

So, saya share beberapa jenis lipstick yang menjadi pilihan ramai dan kesesuaiannya.

1.Lipstick jenis Lip matte

Lip matte sekarang ni memang menjadi pilihan ramai. Sebab warna-warna dan tekstur yang terdapat pada lip matte ni mostly masuk dengan skin tone kulit orang Asia dan juga sesuai untuk semua peringkat umur.


Lip matte ni dia kering. So, kalau yang bibir kering tu memang akan avoid pakai lip matte. Tapi honestly, memang cantik sebab even pakai full pun, tak nampak over atau comotkan bibir. 




2. Lipstick Glossy / Lip gloss

Dengar je ayat glossy dah boleh bayangkan betapa berkilatnya bibir kalau pakai lipstick jenis ni. Pada pendapat saya la, lipstick jenis ni sesuai untuk orang berkulit cerah. Untung kan kalau kulit cerah. Pakai apa pun nampak cantik. Kalau kulit macam saya yang sawo matang ni, confirm nampak oily instead of glossy 😂😂😂



3. Lipstick jenis creamy matte

Lipstick jenis ni lebih kurang macam lip matte kalau kita perhatikan teksturnya. Tapi jenis creamy ni tak berapa kering sangat. Kalau pakai dekat bibir rasa macam lembap-lembap oily tapi luarannya memang 80% nampak lebih kurang sama macam lip matte. Saya paling suka creamy matte lipstick from Maybelline.


Haaa ni salah satu contoh. Tapi saya lebih prefer nude colors. Creamy ni pun sesuai je untuk semua peringkat umur. Cuma kena pandai pilih warna ja la. Cuma apa yang tak bestnya, bila minum mesti lekat jugak kat cawan. huhuu. Compared to lip matte, lip matte lagi best kot sebab kering terus so memang tak melekat dekat cawan


Haaaa nampak. even matte tapi nampak macam creamy-creamy sikit. 

4.Lipstick jenis satin

Lipstick jenis ni ala-ala glossy jugak cuma tak berapa nak glossy sangat. Haaaa macam mana tu. hahaa. Means, tekstur satin lebih kurang glossy, cuma glossy yang light-light je. Contoh macam kat bawah ni;



Ini contoh satin lipstick from Nars. Sama la macam glossy, sesuai untuk yang berkulit cerah. Kalau berkulit gelap, kena hati-hati dengan pemilihan warna.


5. Lipstick jenis Lip tint

Okay. Yang ni pun menjadi kegilaan masa kini macam lip matte. Pengaruh cerita korea la ni. Mostly orang letak dekat tengah-tengah bibir macam heroin cerita korea selalu buat. hehe. Yang ni pun sesuai untuk semua peringkat umur dan kulit. 



Contoh orang Korea yang pakai lip matte. Cantik kan? 

A Kalau saya, saya prefer jenis Lip matte dan juga Lip tint. Sebab senang nak apply, sesuai dengan kulit saya plus selesa. 

Thank you for reading


Assalamualaikum ♥♥♥♥

What is BEM ? BEM is stand for Board of Engineers Malaysia which is representing engineering profession in Malaysia. BEM is responsible for the registration of Engineering graduates and Professional Engineer and at the same time also serves as the controller which determines conduct and ethics for those involved with Engineering in Malaysia.

What is the requirement to register with BEM?

  • Engineering graduates which is degree holder and above. 
  • Haruslah graduan yang dah konvo sebab nak mendaftar kena ada salinan sijil asal sebagai lampiran (certified true copy of degree)
  • Kena bayar RM50. heheee

Pentingkah mendaftar dengan BEM as a Graduate Engineer?

Siapa yang rasa nak certificate dari BEM boleh la mendaftar. Certificate ni menunjukkan kita dah berjaya menghabiskan ijazah dalam bidang Engineering. Bila tengok sijil ni, rasa macam fuhhh tak sia-sia aku stay up selama ni. *hehehe padahal stay up sebab study last minute.hahaha 😂😂😂😂

Sebenarnya, daftar graduate engineer dengan BEM ni menjadi wajib bila kita merancang atau memang nak menjadi seorang Professional Engineer (PE) which is the title is IR. haaaa memang hebat la kalau dah dapat title IR ni. Tapi kadang-kadang fresh graduate feeling-feeling dorang dah bergelar IR bila dah bekerja sebagai Engineer. Terus letak depan nama IR dot dot dot. Aduhhh. salah tu. Kalau kerja 10 tahun sebagai Engineer pun, takkan dapat title IR selagi tak ambil exam sebagai Professional Engineer.

Saya taknak cerita banyak tentang Professional Engineer sebab saya nak fokus pada Graduate Engineer. hehee yela saya pun graduate engineer. Nak cerita lebih-lebih takut salah info pula. Belum terfikir nak jadi Professional Engineer. Nak kena ambil exam bagai. Otak dah tak boleh nak fikir banyak-banyak dah sekarang.huhuu. Kalau ada sesiapa berminat atau nak tahu lebih lanjut tentang Professional Engineer ni, boleh follow link ni.  http://cikpuanlove.blogspot.my/2013/08/profesional-engineer.html. Owner blog ni memang seorang Professional Engineer. So, dia ada share macam mana cara-cara nak daftar dan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang Professional Engineer berstatus IR.

Ok. Back to Graduate Engineer's registration.

Kat bawah ni saya listkan cara-cara untuk mendaftar online.


1. Buka MYBEM online registration http://175.138.64.217/mybem/public/

    Nanti akan keluar macam ni :



Untuk new registration, boleh click register as new applicant. Boleh follow step-step nak daftar new registration by refer this link. http://www.bem.org.my/documents/20181/29974/MyBEM_FirstTime_GE.pdf/ 
Jangan lupa pula nombor registration ye. Sebab nak buat payment nanti kena masukkan nombor registration. Ok lepas tu isi semua maklumat yang diperlukan. Haaaa kalau nak tahu lebih details tentang cara nak daftar boleh refer link ni .Yang ni pula step by step la macam mana nak daftar as a graduate engineer. 

http://www.bem.org.my/documents/20181/29974/MyBEM_Registd_GE.pdf/. 

Then, buat online payment kepada Lembaga Jurutera Malaysia - Jurutera siswazah. 

Dah selesai register online, print completed Form dan check list untuk diposkan kepada pendaftar jurutera siswazah dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran online. Checklist tu antaranya salinan IC, salinan transkrip, salinan sijil asal and etc. Status payment pun boleh check beberapa hari selepas payment dibuat. Segala jenis dokumen yang diperlukan untuk dipos perlu pengesahan daripada Professional Engineer yang ada status IR. Haaa memang inilah syarat yang diperlukan. Kalau takda kenal sapa-sapa yang berstatus IR, boleh la contact lecturer-lecturer masa study dulu yang ada status IR ni untuk dapatkan sign. Dah sign, check betul-betul semua dokumen yang diperlukan and submit dekat ;

Pendaftar Jurutera Siswazah,
Board of Engineers Malaysia,
Tingkat 17, Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur.

Kalau nak submit by hand pon boleh, nak pos pun boleh.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh kol/fax no hotline BEM ;
Tel : 03-26912090+0326917096/7096/7097/7098
Fax : 03-26925017

Status permohonan juga boleh disemak dari semasa ke semasa. Selalunya akan dapat lepas 4 bulan ke atas.

Kalau saya, senang je. Lepas konvokesyen, saya terus pegi school course saya, School of Microelectronic Engineering, Unimap, (setengah Universiti panggil jabatan) then bagi salinan IC, salinan transkrip and salinan sijil asal dekat akak kerani tu, plus duit RM50. Haaa settle. Biar dorang uruskan. huhuu. senang taknak pening-pening kepala. Kalau Unimap, memang dorang akan tolong daftarkan dengan BEM registration as a Graduate Engineer. Saya rasa semua Universiti pun ada buat benda yang sama. Tapi untuk confirmation boleh la call Universiti masing-masing. Lama juga sebenarnya nak dapat approval. Sampai saya pun lupa. Sijil sampai rumah baru teringat.



I already registered as a Graduate Engineer with BEM. Hehee. Sapa-sapa yang dah grad tu kalau nak daftar boleh la cuba. 













Assalamualaikum ♥♥♥

Mesti ramai yang suka pakai contact lense kan? 

Nak pakai hari-hari pun boleh. Dulu masa study, I selalu sangat pakai. Tapi kena tahu cara penjagaan yang betul. Jangan main pakai ja. Silap langkah, menyesal tak sudah. Pertama sekali, make sure beli contact lense dari kedai optical. Haaaa sebab apa? sebab mostly kedai optical akan jual jenama contact lense yang selamat dan berkualiti. Ramai sebenarnya yang terpengaruh dengan contact lense ala-ala korea yang dijual dengan harga RM20,RM15. Haishh bahaya sebenarnya taw. Tambah-tambah nak pakai dekat bahagian mata.

Antara jenama-jenama contact lense yang mostly dijual di optical shop.
  1. Freshkon
  2. Freshlook
  3. Bausch and Lomb
  4. Acuvue
  5. Blincon
For me, I choose Freshkon sebab I memang suka contact lense yang berwarna. So, Freshkon ni sangat menepati citarasa. Banyak sangat pilihan. Ada few types, Freshkon fusion, warna dia more to natural. Freshkon alluring banyak warna-warna gelap. Kalau nak warna yang terang dan cerah boleh try Freshkon mosaic.

Pilihan saya, yang kat bawah ni. Freshkon Colors Fusion!


Freshkon Fusion ni ada banyak warna yang natural. Dalam satu pek ni ada 1 pair je taw. So, korang boleh pilih code colour. Contohnya macam kat bawah ni:


Antara warna-warna yang terdapat dalam Freshkon Fusion. Pilihan I Glinting brown! Sebab warna ni nampak natural.Apa yang menariknya lagi tentang Freshkon ni, contact lense dia sangat soft and selesa. Kadang-kadang sampai lupa pakai contact lense sebab selesa sangat. Harus diingat penggunaan sebulan sahaja. Lepas tu kena beli baru. Harga pun sesuai untuk maintenance which is RM45 - RM50. Ada setengah tempat jual RM 45 ada setengah tempat jual RM50. So, membeli lah dengan bijak. heheee.

Nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web ni
http://www.freshkon.com/country/malaysia/index.html

Tapi, dah pakai jangan lupa cara penjagaan ye. I pakai masa zaman diploma. Lepas tu ijazah then kerja. Almost 8 tahun dah. Tapi Alhamdulillah lagi setakat ni tiada masalah serius. Pernah sekali la mata  almost dijangkiti kuman sebab confuse Multi purpose solution and normal saline. Selalunya memang beli Multi purpose solution. Sebelum nak pakai atau buang contact lense wajib cuci tangan bersih-bersih ye. Lepas tu rendam dalam multi purpose solution. Normal saline ni, kegunaan dia untuk bersihkan mata dari habuk atau cuci bekas lense. Tak sesuai untuk rendam contact lense sebab takkan keluar pun kotoran-kotoran yang melekat dekat contact lense tu. Time tu takda knowledge lagi so terbeli normal saline. Sekali mata jadi pedih-pedih and terus pergi klinik, doktor pun terang normal saline bukan untuk cuci / rendam contact lense. 

Sekarang, saya dah jumpa solution yang terbaik, yang tak pedihkan mata walau pakai berjam-jam dan sangat effective mencuci !
 Travel pack pun ada. senang.  Setiap kali nak rendam, saya akan tukar air yang baru. 

Bekas rendam pun kena la selalu tukar. Pendek kata, nak pakai contact lense ni takda masalah. Yang penting kena rajin dan disiplin. Sebab mata ni anugerah yang tak ternilai. Mostly yang terkena ulser mata adalah pemakai contact lense. So, hati-hati ye






Newer Posts Older Posts Home

Total Pageviews

About Sarah Shaffee

About Sarah Shaffee
Engineer | Founder Maleeka | Blogger Email: sarahshaffee91@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Honda city dan Toyota Vios. Mana satu yang terbaik?
  • Board of Engineers Malaysia. How to register as a Graduate Engineer?
  • Bersalin? Checklist barang keperluan bayi dan ibu

Advertisement

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  January (1)
      • Petua putihkan kulit secara semulajadi yang murah ...
  • ►  2021 (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  August (5)

post

  • Home
  • parenting

Contact Form

Name

Email *

Message *

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template