Sarah Shaffee

  • Home
  • Beauty
  • Parenting
  • Tutorial
  • Contact us
Assalamualaikum and hye 😁😁

Hari ni saya nak bercerita tentang  Honda City dan juga Toyota Vios. Kalau kita tengok sekarang ni banyak sangat orang yang pakai City dan Vios. Jadi, mana yang lebih baik dan yang mana satu menjadi pilihan anda? 

Ini adalah pendapat saya.

Design
Dari segi design, ada orang nampak City lebih cantik dan ekslusif, tapi ada juga yang nampak Vios lebih menarik dan elegan. Reka bentuk ni pada saya subjektif. Bergantung pada minat dan mata seseorang. Mata orang lain-lain jadi tak boleh nak bertekak atau berbalah pasal ni. Kalau saya, saya lebih minat design City sebab nampak lebih moden dan ekslusif. Design Vios nampak agak klasik kecuali Vios TRD yang menampilkan gaya sporty, sangat sesuai untuk golongan muda.

Harga
Dari segi harga pula tak jauh beza antara City dan juga Vios. Jadi kalau nak pakai kereta sedan terbaik bawah RM100 ribu, kedua-dua model ini boleh dijadikan pilihan. Di sini saya sertakan harga untuk kedua-dua jenis kereta.


Praktikal
Untuk rekaan dalaman, Vios lebih praktikal dan tersusun. Malah lebih terperinci berbanding City yang nampak agak kosong. Kedudukan air conditioner bahagian hadapan City pula bagi saya sangat tak praktikal sebab kedudukannya agak jauh dengan pemandu dan penumpang. Dari segi keluasan kabin, City menang dalam perbandingan ini. Seakan akan ada kuasa luar biasa, walaupun City nampak biasa, namun keluasan kabinnya sangat luas dan lapang. Begitu juga dengan keluasan bonet belakang City yang agak luas untuk kereta sedan.

Keselamatan
Dari segi keselamatan, tak dapat dinafikan City jauh lebih baik. Toyota baru sahaja memasukkan Vehicle Stability Control ke dalam kereta yang mana ianya adalah standard pada semua model City.

Pemanduan dan prestasi
Pada pendapat saya, Vios lebih menyerap hentakan jalan yang lebih selesa apatah lagi bila melalui jalan yang tidak rata. Dari segi prestasi, enjin yang digunakan adalah berbeza di mana Vios menggunakan enjin Dual VVT-i manakala City menggunakan enjin I-Vtech. Namun, kedua-duanya mempunyai ECO system untuk pemanduan yang eco friendly.


Penjimatan
Kalau bercakap bab penjimatan, pada saya of course la Vios lebih jimat dari segi minyak. City juga antara kereta yang jimat minyak namun tetap tidak dapat menandingi Vios. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya menggunakan kedua-dua jenis kereta ini.

Kesimpulan
Jadi, kereta manakah yang lebih baik? Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Untuk pemilik yang berkeluarga, City adalah pilihan terbaik sebab ianya lebih luas. Untuk pemilik bujang yang gemarkan gaya sporty, Vios TRD adalah pilihan terbaik. Ada orang minat sedan. Ada juga yang minat SUV, MPV dan juga hatchback. Pendek kata, tepuk dada tanya selera. Yang penting, pastikan anda boleh bayar tiap-tiap bulan tanpa sebarang penangguhan. Jangan sampai berlapik perut semata-mata nak nampak bergaya.

Perbandingan ini dibuat berdasarkan teori dan juga pengalaman saya. Kelebihan setiap kereta berbeza dari segi specification dan reka bentuk. 

Terima kasih sudi baca❤❤



Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi rahsia sulit kerajaan. hehehee. Rahsia la sangat. Okay. Nak tahu tak macam mana nak buat oreo cream cheese tersedap dan termudah di dunia?

Senang gila-gila!

Hanya perlukan bahan-bahan ini:
Oreo 

Cream cheese Tatura

Gula

Baking powder (optional)

Okay cara-caranya pula:
1. Mula-mula putar cream cheese bersama dengan sedikit gula. Cream cheese kalau buat half je saya masukkan 1@2 sudu gula je. saya tak suka manis-manis sangat. Baking powder optional ye kalau taknak letak pun takpa.

2. Tumbuk atau patah-patahkan oreo sehalus mungkin.
3.Then amik bekas. letak oreo yang dah hancur lapisan bawah sekali.Masukkan cream cheese ke atasnya. Lepas tu tabur lagi oreo kat lapisan atas cream cheese. Then masukkan dalam peti ais sejam, dua jam, tiga jam bergantung pada anda. Taadaaaaa. dah siap.
Senang kan? hahhaaa inilah resipi paling mudah dan senang nak buat. 

Selamat mencuba! ❤❤❤






Assalamualaikum♥♥♥♥

Minggu ni dah 37 weeks. Berdebar-debar plus tak sabar. Allah saja lah yang tahu perasaan ni. Awal-awal kandungan dulu tak sempat nak google atau prepared apa-apa untuk persediaan menyambut bayi. Plus orang tua-tua selalu pesan, jangan beli apa-apa lagi selagi kandungan belum mencapai 6month above. Risau dengan pelbagai kemungkinan yang mungkin terjadi. Tapi, kita doa yang baik-baik ja la kan?

Untuk persediaan menyambut kelahiran bayi, di sini saya senaraikan item-item yang perlu ada.

Checklist barang baby

Feeding
Botol susu - BPA free
Berus pembersih botol
Thermos

Baby care
Baby powder
Lotion
Minyak untuk kembung perut (ex : Yu yee, telon)
Cotton bud
Nappy cream
Set mandian
Bedak herba
Tuala
Bath tub baby
Raga/box letak barang baby
Sabun basuh baju (khas untuk baby)
Napkin (preparation kalau kulit baby tak sesuai lagi nak pakai pampers/sensitif)
Diapers (most recommended by ibu-ibu ; pet pet, drypers, mamy poko, huggies)
Wet tissue
Bekung
Set tilam
Kelambu
Selimut

Clothing
Baju harian
Baju malam
Baju jalan
Topi
Sarung kaki dan tangan

Baby Gears
Carseat
Baby carrier (not necessary for newborn baby)
Stroller (not necessary for newborn baby)

Haaaa inilah senarai-senarai item yang perlu ada. Macam saya, saya beli barang baby memang ikut list ni. List ni based on pengalaman kawan-kawan saya yang dah bersalin. Macam stroller tu, boleh hold dulu maybe after pantang atau baby dah besar sikit. Sekarang tengah on the way nak beli carseat . Carseat ni menurut ibu-ibu yang dah berpengalaman, memang penting tambah-tambah bila si ibu nak bergerak sorang-sorang. Tak kisah la pegi klinik, market dan sebagainya. 

Antara koleksi roampers yang dibeli


Barang-barang ni semua simpan siap-siap dalam box.  
Guna box senang nak usung plus tak kena habuk. Raga pun kena prepared jugak.

Checklist utk mommy pula seperti berikut:

Feeding
Nursing pad disposal/washable
Breast pump
Cooler bag ( include ice brick untuk ibu-ibu yang bekerja) 

Mommy care
Maternity pad
Toiletries
Nipple cream

Confinement
Set berpantang (Jamu & herba)
Benkung
Tungku
Kurma
Air zam-zam

Clothing
Kain batik
Baju yang mudah untuk menyusu
Stokin tebal
Maternity bra & panties

Untuk breast pump, saya beli Double Electric Breast pump Autumz Serene. Harga asal RM 539. Tapi dekat Pump On The Go Sg. Petani boleh dapat dengan harga RM450. Boleh tengok dekat sini https://www.instagram.com/pumponthego/. 

Kenapa saya pilih yang ni? Sebab kalau pergi butik Pump On The Go, dorang akan pamerkan beberapa jenis breast pump samada manual or electric, single or double. So, ibu-ibu boleh try mana-mana breast pump and boleh rasa sendiri suction pressure. Ada yang kuat dan ada yang slow. Of course la kita lebih prefer yang slow sebab tak sakit. Reason utama breast pump ni menjadi pilihan saya adalah sebab breast pump ni double electric, so mudah untuk saya yang bekerja. Nak pump pun kena cepat-cepat tak boleh nak curi masa lama-lama. Paling penting, breast pump autumz serene ni tak perlu ada direct power supply or power bank setiap kali nk guna. Sebab dy pakai bateri. Rechargable. Senang! Di mana-mana pun boleh pump tanpa perlu risau ada direct power supply ke tak. And kalau beli dekat Pump On The Go ni, dapat free gift lagi which is cooler bag, botol refill susu and ice brick. Cooler bag kalau beli asing pun dah RM60. Tapi yang ni dapat sekali breast pump.

Updated: After dah guna seriously memang best. tak sakit lansung. sampai sekarang 2021 masih function walaupun dah lama tak guna.



Beli pump dapat botol refill susu, cooler bag autumz and ice brick.  


Beg ni ada 2 layer. Layer atas untuk letak set pump, layer bawah untuk simpan stok susu. Ice brick ni boleh tahan selama 12 jam.So, kalau pergi kerja tak payah risau nanti susu basi. 

Untuk set berpantang pula, ada banyak jenis antaranya Nona Roguy, Afiat, Spa&Ma, Dherbs and banyak lagi. Saya  beli set Nona Roguy. 


Dalam bag ni ada beberapa baju and barang-barang baby yang penting untuk dibawa ke hospital bila berlaku kecemasan. Barang mommy untuk preparation bersalin pun ada dalam ni. Beg ni pula letak siap-siap dalam kereta siap-siap. Make sure dalam beg kecemasan ni ada 3,4 helai baju baby, baju mommy, kain batik, wet tissue, napkin, diapers, buku merah, tudung, stokin, towel, maternity bra, panties and maternity pad. Nak tambah lagi pun boleh tapi saya prepare yang ni je.

So, ibu-ibu yang bakal melahirkan baby, boleh la refer list-list di atas. Dah beli tick. Lagi senang kalau buat list siap-siap. Supaya nanti takda barang yang tertinggal. Hopefully dipermudahkan urusan buat ibu-ibu yang bakal bersalin. Amin😊😊😊



Thank you for reading ♥♥♥♥







Assalamualaikum ♥♥♥♥

Lipstick is important to every women I guess. Sebab apa? Ada orang tak suka mekap. So, lipstick ni adalah salah satu alat yang terbaik untuk menambah seri. Haaa bila muka pucat kusam, letak lipstick ja confirm berseri-seri. 

Tapi, ada banyak jenis lipstick dekat dunia ni. Antaranya moist, satin, glossy, creamy matte, lip matte and lip tint lipstick. Kesesuaian pada wajah seseorang bergantung kepada jenis dan juga warna. Jangan ingat warna je main peranan. Jenis lipstick pun main peranan jugak. Ada orang nampak cantik je pakai lipstick glossy, tapi kalau kita pakai alamakkkk seram. hahahah.

So, saya share beberapa jenis lipstick yang menjadi pilihan ramai dan kesesuaiannya.

1.Lipstick jenis Lip matte

Lip matte sekarang ni memang menjadi pilihan ramai. Sebab warna-warna dan tekstur yang terdapat pada lip matte ni mostly masuk dengan skin tone kulit orang Asia dan juga sesuai untuk semua peringkat umur.


Lip matte ni dia kering. So, kalau yang bibir kering tu memang akan avoid pakai lip matte. Tapi honestly, memang cantik sebab even pakai full pun, tak nampak over atau comotkan bibir. 




2. Lipstick Glossy / Lip gloss

Dengar je ayat glossy dah boleh bayangkan betapa berkilatnya bibir kalau pakai lipstick jenis ni. Pada pendapat saya la, lipstick jenis ni sesuai untuk orang berkulit cerah. Untung kan kalau kulit cerah. Pakai apa pun nampak cantik. Kalau kulit macam saya yang sawo matang ni, confirm nampak oily instead of glossy 😂😂😂



3. Lipstick jenis creamy matte

Lipstick jenis ni lebih kurang macam lip matte kalau kita perhatikan teksturnya. Tapi jenis creamy ni tak berapa kering sangat. Kalau pakai dekat bibir rasa macam lembap-lembap oily tapi luarannya memang 80% nampak lebih kurang sama macam lip matte. Saya paling suka creamy matte lipstick from Maybelline.


Haaa ni salah satu contoh. Tapi saya lebih prefer nude colors. Creamy ni pun sesuai je untuk semua peringkat umur. Cuma kena pandai pilih warna ja la. Cuma apa yang tak bestnya, bila minum mesti lekat jugak kat cawan. huhuu. Compared to lip matte, lip matte lagi best kot sebab kering terus so memang tak melekat dekat cawan


Haaaa nampak. even matte tapi nampak macam creamy-creamy sikit. 

4.Lipstick jenis satin

Lipstick jenis ni ala-ala glossy jugak cuma tak berapa nak glossy sangat. Haaaa macam mana tu. hahaa. Means, tekstur satin lebih kurang glossy, cuma glossy yang light-light je. Contoh macam kat bawah ni;



Ini contoh satin lipstick from Nars. Sama la macam glossy, sesuai untuk yang berkulit cerah. Kalau berkulit gelap, kena hati-hati dengan pemilihan warna.


5. Lipstick jenis Lip tint

Okay. Yang ni pun menjadi kegilaan masa kini macam lip matte. Pengaruh cerita korea la ni. Mostly orang letak dekat tengah-tengah bibir macam heroin cerita korea selalu buat. hehe. Yang ni pun sesuai untuk semua peringkat umur dan kulit. 



Contoh orang Korea yang pakai lip matte. Cantik kan? 

A Kalau saya, saya prefer jenis Lip matte dan juga Lip tint. Sebab senang nak apply, sesuai dengan kulit saya plus selesa. 

Thank you for reading
Newer Posts Older Posts Home

Total Pageviews

About Sarah Shaffee

About Sarah Shaffee
Engineer | Founder Maleeka | Blogger Email: sarahshaffee91@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Honda city dan Toyota Vios. Mana satu yang terbaik?
  • Board of Engineers Malaysia. How to register as a Graduate Engineer?
  • Bersalin? Checklist barang keperluan bayi dan ibu

Advertisement

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  January (1)
      • Petua putihkan kulit secara semulajadi yang murah ...
  • ►  2021 (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  August (5)

post

  • Home
  • parenting

Contact Form

Name

Email *

Message *

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template