Sarah Shaffee

  • Home
  • Beauty
  • Parenting
  • Tutorial
  • Contact us

Assalamualaikum.

Hye everyone. Have y'all heard about Hermo?

Hermo MY is a place for beauty collection. Hermo's mission is to help people to be gorgeous by the ease and convenience of ecosystem. Thousand of people around Malaysia use Hermo to discover beauty product at great prices, trying out the most trendy ways to be gorgeous and to share their beauty tips in the journey.

What I like most about Hermo is they always have sale and promotion. We able to get trusted brand item with low price compared to origin brand outlet store. Plus, Hermo is a site which we do not have to worry about their quality and fake product issue. 100% original!

There is a lot of brands that partnership with Hermo such as NYX, Benefit, Maybelline, Sleek, Etude house, The face shop, Klairs, B-Liv, Shu uemura, Anna sui, Cosrx, Yadah, The body shop and many more! For more information you can directly go to their website https://www.hermo.my/.


Tadaaa. Hermo's official website


See? Maybelline fit me after less only RM34.94! I just bought Maybelline fit me at nearest store with RM39 after less. The original price is about RM40++. So, you can save more at Hermo!

Memang jimat sangat shopping kat Hermo ni. Kadang main click je add to cart pastu baru tersedar ehhh dah banyak,cukup cukup.hahaaa but honestly lagi murah dari beli walk-in.

Discount 😲😲 From head to toe. All you can get at Hermo https://www.hermo.my/.

kalau nak tengok promotion apa yg ada dengan lebih jelas lagi, click macam gambar kat bawah ni.
So, lets shopping at Hermo MY!


Thank you for reading.❤❤❤
Assalamualaikum and hye 😁😁

Hari ni saya nak bercerita tentang  Honda City dan juga Toyota Vios. Kalau kita tengok sekarang ni banyak sangat orang yang pakai City dan Vios. Jadi, mana yang lebih baik dan yang mana satu menjadi pilihan anda? 

Ini adalah pendapat saya.

Design
Dari segi design, ada orang nampak City lebih cantik dan ekslusif, tapi ada juga yang nampak Vios lebih menarik dan elegan. Reka bentuk ni pada saya subjektif. Bergantung pada minat dan mata seseorang. Mata orang lain-lain jadi tak boleh nak bertekak atau berbalah pasal ni. Kalau saya, saya lebih minat design City sebab nampak lebih moden dan ekslusif. Design Vios nampak agak klasik kecuali Vios TRD yang menampilkan gaya sporty, sangat sesuai untuk golongan muda.

Harga
Dari segi harga pula tak jauh beza antara City dan juga Vios. Jadi kalau nak pakai kereta sedan terbaik bawah RM100 ribu, kedua-dua model ini boleh dijadikan pilihan. Di sini saya sertakan harga untuk kedua-dua jenis kereta.


Praktikal
Untuk rekaan dalaman, Vios lebih praktikal dan tersusun. Malah lebih terperinci berbanding City yang nampak agak kosong. Kedudukan air conditioner bahagian hadapan City pula bagi saya sangat tak praktikal sebab kedudukannya agak jauh dengan pemandu dan penumpang. Dari segi keluasan kabin, City menang dalam perbandingan ini. Seakan akan ada kuasa luar biasa, walaupun City nampak biasa, namun keluasan kabinnya sangat luas dan lapang. Begitu juga dengan keluasan bonet belakang City yang agak luas untuk kereta sedan.

Keselamatan
Dari segi keselamatan, tak dapat dinafikan City jauh lebih baik. Toyota baru sahaja memasukkan Vehicle Stability Control ke dalam kereta yang mana ianya adalah standard pada semua model City.

Pemanduan dan prestasi
Pada pendapat saya, Vios lebih menyerap hentakan jalan yang lebih selesa apatah lagi bila melalui jalan yang tidak rata. Dari segi prestasi, enjin yang digunakan adalah berbeza di mana Vios menggunakan enjin Dual VVT-i manakala City menggunakan enjin I-Vtech. Namun, kedua-duanya mempunyai ECO system untuk pemanduan yang eco friendly.


Penjimatan
Kalau bercakap bab penjimatan, pada saya of course la Vios lebih jimat dari segi minyak. City juga antara kereta yang jimat minyak namun tetap tidak dapat menandingi Vios. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya menggunakan kedua-dua jenis kereta ini.

Kesimpulan
Jadi, kereta manakah yang lebih baik? Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Untuk pemilik yang berkeluarga, City adalah pilihan terbaik sebab ianya lebih luas. Untuk pemilik bujang yang gemarkan gaya sporty, Vios TRD adalah pilihan terbaik. Ada orang minat sedan. Ada juga yang minat SUV, MPV dan juga hatchback. Pendek kata, tepuk dada tanya selera. Yang penting, pastikan anda boleh bayar tiap-tiap bulan tanpa sebarang penangguhan. Jangan sampai berlapik perut semata-mata nak nampak bergaya.

Perbandingan ini dibuat berdasarkan teori dan juga pengalaman saya. Kelebihan setiap kereta berbeza dari segi specification dan reka bentuk. 

Terima kasih sudi baca❤❤



Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi rahsia sulit kerajaan. hehehee. Rahsia la sangat. Okay. Nak tahu tak macam mana nak buat oreo cream cheese tersedap dan termudah di dunia?

Senang gila-gila!

Hanya perlukan bahan-bahan ini:
Oreo 

Cream cheese Tatura

Gula

Baking powder (optional)

Okay cara-caranya pula:
1. Mula-mula putar cream cheese bersama dengan sedikit gula. Cream cheese kalau buat half je saya masukkan 1@2 sudu gula je. saya tak suka manis-manis sangat. Baking powder optional ye kalau taknak letak pun takpa.

2. Tumbuk atau patah-patahkan oreo sehalus mungkin.
3.Then amik bekas. letak oreo yang dah hancur lapisan bawah sekali.Masukkan cream cheese ke atasnya. Lepas tu tabur lagi oreo kat lapisan atas cream cheese. Then masukkan dalam peti ais sejam, dua jam, tiga jam bergantung pada anda. Taadaaaaa. dah siap.
Senang kan? hahhaaa inilah resipi paling mudah dan senang nak buat. 

Selamat mencuba! ❤❤❤






Assalamualaikum♥♥♥♥

Minggu ni dah 37 weeks. Berdebar-debar plus tak sabar. Allah saja lah yang tahu perasaan ni. Awal-awal kandungan dulu tak sempat nak google atau prepared apa-apa untuk persediaan menyambut bayi. Plus orang tua-tua selalu pesan, jangan beli apa-apa lagi selagi kandungan belum mencapai 6month above. Risau dengan pelbagai kemungkinan yang mungkin terjadi. Tapi, kita doa yang baik-baik ja la kan?

Untuk persediaan menyambut kelahiran bayi, di sini saya senaraikan item-item yang perlu ada.

Checklist barang baby

Feeding
Botol susu - BPA free
Berus pembersih botol
Thermos

Baby care
Baby powder
Lotion
Minyak untuk kembung perut (ex : Yu yee, telon)
Cotton bud
Nappy cream
Set mandian
Bedak herba
Tuala
Bath tub baby
Raga/box letak barang baby
Sabun basuh baju (khas untuk baby)
Napkin (preparation kalau kulit baby tak sesuai lagi nak pakai pampers/sensitif)
Diapers (most recommended by ibu-ibu ; pet pet, drypers, mamy poko, huggies)
Wet tissue
Bekung
Set tilam
Kelambu
Selimut

Clothing
Baju harian
Baju malam
Baju jalan
Topi
Sarung kaki dan tangan

Baby Gears
Carseat
Baby carrier (not necessary for newborn baby)
Stroller (not necessary for newborn baby)

Haaaa inilah senarai-senarai item yang perlu ada. Macam saya, saya beli barang baby memang ikut list ni. List ni based on pengalaman kawan-kawan saya yang dah bersalin. Macam stroller tu, boleh hold dulu maybe after pantang atau baby dah besar sikit. Sekarang tengah on the way nak beli carseat . Carseat ni menurut ibu-ibu yang dah berpengalaman, memang penting tambah-tambah bila si ibu nak bergerak sorang-sorang. Tak kisah la pegi klinik, market dan sebagainya. 

Antara koleksi roampers yang dibeli


Barang-barang ni semua simpan siap-siap dalam box.  
Guna box senang nak usung plus tak kena habuk. Raga pun kena prepared jugak.

Checklist utk mommy pula seperti berikut:

Feeding
Nursing pad disposal/washable
Breast pump
Cooler bag ( include ice brick untuk ibu-ibu yang bekerja) 

Mommy care
Maternity pad
Toiletries
Nipple cream

Confinement
Set berpantang (Jamu & herba)
Benkung
Tungku
Kurma
Air zam-zam

Clothing
Kain batik
Baju yang mudah untuk menyusu
Stokin tebal
Maternity bra & panties

Untuk breast pump, saya beli Double Electric Breast pump Autumz Serene. Harga asal RM 539. Tapi dekat Pump On The Go Sg. Petani boleh dapat dengan harga RM450. Boleh tengok dekat sini https://www.instagram.com/pumponthego/. 

Kenapa saya pilih yang ni? Sebab kalau pergi butik Pump On The Go, dorang akan pamerkan beberapa jenis breast pump samada manual or electric, single or double. So, ibu-ibu boleh try mana-mana breast pump and boleh rasa sendiri suction pressure. Ada yang kuat dan ada yang slow. Of course la kita lebih prefer yang slow sebab tak sakit. Reason utama breast pump ni menjadi pilihan saya adalah sebab breast pump ni double electric, so mudah untuk saya yang bekerja. Nak pump pun kena cepat-cepat tak boleh nak curi masa lama-lama. Paling penting, breast pump autumz serene ni tak perlu ada direct power supply or power bank setiap kali nk guna. Sebab dy pakai bateri. Rechargable. Senang! Di mana-mana pun boleh pump tanpa perlu risau ada direct power supply ke tak. And kalau beli dekat Pump On The Go ni, dapat free gift lagi which is cooler bag, botol refill susu and ice brick. Cooler bag kalau beli asing pun dah RM60. Tapi yang ni dapat sekali breast pump.

Updated: After dah guna seriously memang best. tak sakit lansung. sampai sekarang 2021 masih function walaupun dah lama tak guna.



Beli pump dapat botol refill susu, cooler bag autumz and ice brick.  


Beg ni ada 2 layer. Layer atas untuk letak set pump, layer bawah untuk simpan stok susu. Ice brick ni boleh tahan selama 12 jam.So, kalau pergi kerja tak payah risau nanti susu basi. 

Untuk set berpantang pula, ada banyak jenis antaranya Nona Roguy, Afiat, Spa&Ma, Dherbs and banyak lagi. Saya  beli set Nona Roguy. 


Dalam bag ni ada beberapa baju and barang-barang baby yang penting untuk dibawa ke hospital bila berlaku kecemasan. Barang mommy untuk preparation bersalin pun ada dalam ni. Beg ni pula letak siap-siap dalam kereta siap-siap. Make sure dalam beg kecemasan ni ada 3,4 helai baju baby, baju mommy, kain batik, wet tissue, napkin, diapers, buku merah, tudung, stokin, towel, maternity bra, panties and maternity pad. Nak tambah lagi pun boleh tapi saya prepare yang ni je.

So, ibu-ibu yang bakal melahirkan baby, boleh la refer list-list di atas. Dah beli tick. Lagi senang kalau buat list siap-siap. Supaya nanti takda barang yang tertinggal. Hopefully dipermudahkan urusan buat ibu-ibu yang bakal bersalin. Amin😊😊😊



Thank you for reading ♥♥♥♥






Newer Posts Older Posts Home

Total Pageviews

About Sarah Shaffee

About Sarah Shaffee
Engineer | Founder Maleeka | Blogger Email: sarahshaffee91@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • Honda city dan Toyota Vios. Mana satu yang terbaik?
  • Board of Engineers Malaysia. How to register as a Graduate Engineer?
  • Bersalin? Checklist barang keperluan bayi dan ibu

Advertisement

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  January (1)
      • Petua putihkan kulit secara semulajadi yang murah ...
  • ►  2021 (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2018 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2017 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  August (5)

post

  • Home
  • parenting

Contact Form

Name

Email *

Message *

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi Template